“PEMABUK PENZINA YANG MULIA”

Redaksi Cyber88 – Kisah ini berlaku di zaman Sultan Murad IV Ghazi. Baginda adalah pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah sekitar tahun 1623-1640 masihi.

Sultan Murad IV Ghazi

Kebiasaan Sultan Murad IV adalah selalu menyamar sebagai orang biasa dan hadir ditengah orang ramai untuk menyaksikan keadaan hidup rakyatnya. Suatu malam, Baginda merasa sangat gelisah dan keinginannya untuk keluar dari istana pada malam itu sangat kuat.

Dan akhirnya Baginda memutuskan untuk keluar berjalan dari istana tanpa diiringi pengawalnya. Semasa sedang berjalan, Sultan terpandang seorang lelaki yang terbaring di tengah jalan. Sultan Murad IV terdetik di hatinya untuk menegur lelaki itu. Apabila disentuh badan lelaki itu, dia masih kaku dan badannya keras. Maka tahulah Sultan bahwa lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia.

Baginda merasa sangat kehairanan mengapa mayat lelaki itu dibiarkan terbaring disini dan tiada seorang pun yang lalu lalang di jalan itu untuk menguruskan mayatnya. Lantas baginda bersuara dengan seruan yang keras. “Mengapa orang ini dibiarkan begini, kenapa mayatnya tidak diurus. Dan dimana keluarganya?”

Gambar : Ilustrasi

Orang ramai yang berada di sana , Terpanggil dengan seruan Sultan. Salah seorang dari mereka berkata, “Dia itu seorang pemabuk dan penzina, sebab itulah tiada siapa yang mahu menguruskan mayatnya.” Maka Sultan pun menjawab ” Bukankah dia juga dari ummat Muhammad. Maka sudah menjadi kewajipan kita menguruskan mayat ini tidak kira apapun kisah silamnya.”

Orang ramai tersentap mendengar ucapan Sultan. Mereka pun membantu Sultan mengangkat mayat itu dan dibawa pulang ke rumah keluarganya. Selepas dihantar orang ramai segera pulang dan meninggalkan Sultan kerana mereka tidak tahu bahwa orang itu adalah sultan mereka.

Ketika itu Sultan memberikan salam beberapa kali dan mengetuk pintu rumah itu , Maka keluar lah seorang wanita yang merupakan isteri si mati . Wanita itu ternampak mayat suaminya berada di depan pintu dan meraung menangis.

Wanita itu berkata kepada suaminya “Semoga kamu dirahmati Allah. Aku menjadi saksi bahawa kamu seorang lelaki yang soleh dan berhati suci.” Air matanya mencurah-curah. Sultan kehairanan mendengarnya lalu bertanya kepada isteri lelaki itu. “Aku mendengar orang ramai memberitahu ku yang lelaki ini adalah seorang pemabuk dan penzina. Bagaimana kamu boleh mengatakan yang suami mu ini seorang yang soleh?”

Gambar : Ilustrasi

Isteri lelaki tadi pun mengesat air matanya dan menceritakan perihal suaminya. Setiap hari suaminya akan membeli arak dengan banyak sekali. Arak itu kemudian dicurahkan ke tanah tanpa diminum sedikitpun. Suami ku memberitahu ku “Aku sudah menyelamatkan sedikit dari peminum arak pada hari ini.” Kemudian setiap malam suaminya akan ke rumah pelacur untuk memberi duit kepada perempuan pelacur itu supaya menutup pintu sampai ke pagi. Lalu dia memberitahu ku yang dia sudah menyelamatkan seorang perempuan dari melakukan zina.

“Aku ada memberitahu suamiku yang perbuatannya ini pasti akan dipandang serong oleh masyarakat. Malah orang ramai akan menganggap dia sebagai pemabuk dan penzina. Tiada siapa akan menguruskan jenazahnya bila mati nanti.” Kata isteri kepada lelaki tadi. Suaminya pun tersenyum dan menjawab “Jangan kamu risau wahai isteri ku, kerana mayatku kelak akan diuruskan oleh Sultan.”

Setelah mendengar cerita wanita itu , Sultan lantas merasa takjub dan hiba sambil bertakbir Allahuakbar , Sultan Murad tidak dapat menahan air matanya lalu menangis. Sultan pun berkata, “Sesungguhnya suamimu berkata benar. Akulah Sultan Murad. Besok aku sendiri akan memandikan mayat ini dan menguruskannya.”

Gambar : Ilustrasi

Keesokan harinya, Sultan Murad beserta para Pembesar , Para Mufti dan Ulama serta sekelian rakyat menguruskan jenazah itu dan beribu-ribu orang solatkan jenazah mulia ini . MashaAllah.

Masih adakah lelaki seperti ini pada zaman kini ? Yang Sanggup menghabiskan hartanya untuk menyelamatkan orang lain dari melakukan maksiat dan meminum arak . Walaupun beliau dipandang Hina di mata masyarakat , Tetapi beliau tidak pernah mengambil hati dan sentiasa memaafkan mereka . Ini adalah kisah benar bukan rekaan semata . Catatan ini ditulis sendiri oleh sultan Murad IV. ( M.I 26 )

Satu tanggapan untuk ““PEMABUK PENZINA YANG MULIA”

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *